Friday, April 7, 2006

Pengenalan

Kampung Kuyungon merupakan salah satu perkampungan di kawasan pendalaman Tambunan Sabah. Ia terletak kira-kira 7.5 Km dari Pekan Tambunan dan perjalanan ke kampung ini mengambil masa kira-kira 10 - 15 Minit. Perkampungan ini terletak di sebuah lembah diantara banjaran Crocer dan bentuk muka bumi di kampung ini adalah berbukit-bukau. Kawasan penempatan kampung ini adalah berjajar di sepanjang sungai. Populasi di kampung ini dianggarkan mencecah 200 orang (seperti pada tahun 2006).

Pada awalnya, perkampungan ini mula dijadikan penempatan oleh kumpulan peneroka  yang berasal dari Kg. Longkogungan Penampang pada sekitar tahun 1960/70an dan pada ketika itu pentadbiran kawasan ini bernaung di bawah Kg.Papar Tambunan kerana ia tidak layak untuk didaftarkan sebagai satu perkampungan memandangkan bilangan penduduk yang sedikit. Status penempatan dan pentadbiran ini berterusan sehinggalah pada tahun 1982. Akhirnya, Kg.Kuyungon didaftarkan secara rasminya pada 16 November 1982 di bawah Pusat Kemajuan Masyarakat, Daerah Tambunan, Kawasan N.16 Tambunan dengan No. Pendaftaran CDC. 4/JKKK/TB/62. Bermula pada tarikh itu, taraf penempatan ini telah diiktiraf sebagai sebuah kampung dan mempunyai kuasa pentadbirannya sendiri.


Kedudukan geografi kampung ini yang terletak di sekeliling kawasan Taman-taman Negara Sabah yang juga merupakan kawasan tadahan air mempengaruhi perkembangan aktiviti pertanian yang dijalankan oleh penduduk kampung. Penerokaan tanah untuk tujuan pertanian dilakukan dengan terkawal. Pertanian dan penternakan berskala besar juga tidak dapat dilakukan untuk menjaga kualiti air sungai yang menjadi sumber utama bekalan air Daerah Tambunan.

    Tanah yang subur dan cuaca yang sejuk di perkampungan ini sesuai untuk aktiviti pertanian komersial berskala sederhana. Selain daripada itu, Kampung ini mempunyai beberapa tarikan yang tersendiri dan berpotensi untuk dijadikan salah satu kawasan tarikan pelancongan di Daerah Tambunan. Antaranya adalah:-

1. Sesuai dijadikan kawasan trekking,(crocker range salt trail & Taman Negara)
2. Air terjun Ragkam.
3. Air terjun Kilompios
4. Flora dan fauna yang boleh dijadikan sumber kajian akademik
5. Sesuai dijadikan kawasan Homestay.

Walau bagaimanapun, untuk merealisasikan hasrat ini, beberapa perkara perlu dilakukan iaitu dengan mengkaji semula persempadanan kawasan tadahan air, memindahkan pusat pengambalin sumber air ke kawasan ulu kampung dan menaiktaraf kemudahan asas seperti jalan raya dan capaian rangkaian komunikasi.

Tim L.Thadius  2006
  --------------------------------------
Kg Kuyungon is one of the remote area in Tambunan Sabah. It is located about 7.5km from “Pekan Tambunan” and it takes about 10-15 minutes to reach the village from the town. The Landscape is mountainous and hilly as it is located in the Crocer range area. The village lies on a valley alongside the Crocer range and houses are built along the river. The population is up to 200 people( as at 2006).