Monday, September 11, 2017
Monday, April 25, 2016
Bengkel Membuat Kompos Anjuran NEEC
Bengkel Membuat Kompos yang diadakan di balai raya Kg. Kuyungon pada
22/4/2016 bermula pada jam 8.00 pagi sehingga jam 12.00 tengahari telah
mendapat sambutan yang menggalakan daripada penduduk kampung. Bengkel
ini dianjurkan dibawah NEEC Project Kg. Kuyungon dan disampaikan oleh
Datuk Philip Lasimbang dan rombongan beliau. Bengkel turut dihadiri oleh
wakil-wakil NEEC iaitu En.Mathew, Cik.Hui-En, Pn.Doris Anthony, En.
Julius Gurinki dan En. Jerome Badsun. Berdasarkan reaksi peserta yang
hadir pada hari tersebut, bengkel ini amat memuaskan dan ia memberikan
banyak pengetahuan baru yang amat berguna dalam membantu meningkatkan
kemahiran peserta dalam bidang pertanian.
Berikut adalah gambaran secara umum mengenai pembuatan kompos yang telah dipelajari semasa bengkel :-
Pertama sekali, perlu difahami bahawa ia merupakan baja yang dihasilkan untuk memberi kesuburan/kehidupan pada tanah dan bukan semata mata untuk menyuburkan tanaman sahaja di mana ia akan bertindak untuk:-
1. Menuteralkan keasidan tanah
2. Mengaktifkan mikro organisma baik yang akan melemahkan mikro organisma jahat dalam tanah
3. Menggalakkan kehadiran cacing tanah yg akan menjadi ajen kesuburan kepada tanaman
Secara umumnya, baja yang dihasilkan melalui kaedah ini tidak mengandungi bahan-bahan yg boleh mencemari saliran air bawah tanah kerana ia tidak mengandungi unsur-unsur kimia yang biasanya terdapat dalam baja komersial. Ia dihasilkan melalui proses penapaian (fermentation) dengan menggunakan campuran bahan-bahan asas mengikut nisbah campuran tertentu. Antara bahan yang digunakan dalam kursus ini adalah :-
A) Bukasi(EMAS=EM1+molasses iaitu gula tebu yang belum diawet kemudiannya dicampurkan dengan sekam padi)

B) Sisa-sisa tanaman seperti sayuran, daun-daun hijau yang dicincang dan dicampurkan dengan hampas kayu/ sekam padi yg dibakar sehingga menjadi hitam.
Campuran ini akan diperam dalam tong khas yang boleh mengumpul cecair yang terhasil daripada campuran ini. Cecair yang dikumpul akan dicampurkan dengan air terlebih dahulu untuk disembur pada kawasan tanaman manakala lebihan sisa pepejal boleh ditaburkan terus pada tanah.
Untuk memahami kaedah yang lebih terperinci, anda boleh belajar daripada peserta yang telah mengikuti kursus ini dan juga digalakkan untuk mengikuti kursus yang dianjurkan oleh Datuk Philip Lasimbang.

Sumber : Aldrin Thadius
Sumber Gambar: NEEC Project Kg.Kuyungon Whatsapp Group
Tuesday, April 5, 2016
Pondok Penagalan JKPTSU Kg.Kuyungon (3D model)
as at 6/4/2016.
Klik pada objek dan gerakkan untuk melihat paparan 3 dimensi.
Nota: Model 3d memerlukan peralatan berkeupayaan tinggi untuk dipaparkan. Gunakan Komputer sekiranya model tidak dapat dipaparkan menggunakan peralatan mobile.
Friday, March 18, 2016
AGM Kg.Kuyungon 18/3/2016
Mesyuarat Agung JKKK Kg.Kuyungon yang diadakan pada 18 Mac 2016 telah menyaksikan pembaharuan dalam carta organisasi JKKK iaitu dengan pemilihan muka-muka baru. Mantan pengerusi JKKK yang lama telah membuat keputusan untuk berundur dan bersara sepenuhnya atas faktor kesihatan dan memberi laluan kepada generasi pelapis. Penglibatan calon-calon dari generasi muda dalam pemilihan kali ini merupakan satu perkembangan yang baik. Ini menunjukkan bahawa ramai penduduk di kalangan generasi Y sudah membuka hati dan bersedia untuk menjadi pelapis bagi memastikan kesinambungan kepimpinan yang selama ini diterajui oleh generasi X.
Penduduk Kg. pastinya mengharapkan barisan kepimpinan baru yang akan menerajui kepimpinan dalam tempoh dua tahun dapat menjalankan tanggungjawab yang dimanahkan dengan baik dan berkesan serta boleh membawa pembaharuan kepada komuniti Kg.Kuyungon.
Berikut adalah AJK JKKK Kg. Kuyungon yang baru :-
Pengerusi: Encik Clifford Vitus
Timbalan : Encik James Guringki
Bendahari /SU: Encik Sopitoh Sabag.
Tahniah dan selamat berkhidmat kepada barisan AJK JKKK yang baru dan terima kasih kepada barisan kepimpinan yang terdahulu atas jasa dan bakti yang telah diberikan.
Wednesday, October 14, 2015
Hari Sukan Negara
Sempena dengan sambutan Hari Sukan Negara yang dilancarkan buat pertama kalinya pada 10/10/2015, Kg. Kuyungon turut mengadakan pelbagai aktiviti bagi menyahut seruan Kerajaan untuk membudayakan sukan serta amalan gaya hidup sihat. Aktiviti disertai oleh lebih 100 penduduk kampung.
Aktiviti dimulakan dengan acara perasmian oleh En. Ernest Hansel, pegawai dari PPD Nabawan diikuti dengan senamrobik dan diteruskan dengan larian serta acara sukaneka. Sambutan bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 petang.

Senaman Aerobik
Larian
Sukaneka acara melastik
Sukaneka
Sukaneka
Tuesday, January 27, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)