Friday, March 18, 2016

AGM Kg.Kuyungon 18/3/2016

Mesyuarat Agung JKKK Kg.Kuyungon yang diadakan pada 18 Mac 2016 telah menyaksikan pembaharuan dalam carta organisasi JKKK iaitu dengan pemilihan muka-muka baru. Mantan pengerusi JKKK yang lama telah membuat keputusan untuk berundur dan bersara sepenuhnya  atas faktor kesihatan dan memberi laluan kepada generasi pelapis. Penglibatan calon-calon dari generasi muda dalam pemilihan kali ini merupakan satu perkembangan yang baik. Ini menunjukkan bahawa ramai penduduk di kalangan generasi Y sudah membuka hati dan bersedia untuk menjadi pelapis bagi memastikan kesinambungan kepimpinan yang selama ini diterajui oleh generasi X.

Penduduk Kg. pastinya mengharapkan barisan kepimpinan baru yang akan menerajui kepimpinan dalam tempoh dua tahun dapat menjalankan tanggungjawab yang dimanahkan dengan baik dan berkesan serta boleh membawa pembaharuan kepada komuniti Kg.Kuyungon.


Berikut adalah AJK JKKK Kg. Kuyungon yang baru :-

Pengerusi: Encik Clifford Vitus 
Timbalan : Encik James Guringki
Bendahari /SU: Encik Sopitoh Sabag.

Tahniah dan selamat berkhidmat kepada barisan AJK JKKK yang baru dan terima kasih kepada barisan kepimpinan yang terdahulu atas jasa dan bakti yang telah diberikan.


Wednesday, October 14, 2015

Hari Sukan Negara

Sempena dengan sambutan Hari Sukan Negara yang dilancarkan buat pertama kalinya pada 10/10/2015, Kg. Kuyungon turut mengadakan pelbagai aktiviti bagi menyahut seruan Kerajaan untuk membudayakan sukan serta amalan gaya hidup sihat. Aktiviti disertai oleh lebih 100 penduduk kampung.

    Aktiviti dimulakan dengan acara perasmian oleh En. Ernest Hansel, pegawai dari PPD Nabawan diikuti dengan senamrobik dan diteruskan dengan larian serta acara sukaneka. Sambutan bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 petang.


Senaman Aerobik


 Larian



  
Sukaneka acara melastik





Sukaneka




Sukaneka

 

Tuesday, January 27, 2009

Gambar Tahun Baru 2009











































New Year 2009

New year 2009 camping at kg. Kuyungon


Choir group.

Rehearsal for new yers performance .



The Campfire










Tuesday, September 18, 2007

Catatan Peristiwa

Post:: Reverted to draft for further content review

on Disember 2007

Catatan Peristiwa
  • Penerokaan penempatan awal oleh kumpulan peneroka dari Kg. Longkogungan Penampang 1960-1970an
  • Pentadbiran kampung bernaung di bawah pentadbiran Kg.Papar Tambunan 1960-1970an
  • Pembinaan sekolah SK.Ragkam 1973
  • Didaftarkan secara rasmi sebagai sebuah Kampung dan mempunyai kuasa pentadbiran sendiri di bawah Pejabat Daerah Tambunan pada tahun 1982. 
  • Pembinaan Balai Raya Kampung kuyungon 1982.
  • Pembinaan jalanraya dari Waterwork Tondulu sehingga ke SK. Ragkam pada tahun 1985 
  • Bekalan paip air (graviti) menyeluruh yang pertama pada tahun 1985
  • Bekalan mangkuk tandas curah pada tahun 1985 
  • Bekalan paip air (graviti) menyeluruh pada tahun 1990
  • Pembinaan jalanraya dari SK. Ragkam ke ulu Kuyungon pada tahun 1990 termasuk dua buah jambatan low level crossing.
  • Bekalan solar pada tahun 1990
  • Penyertaan dalam anggota RELA tahun 1990 (Peserta awal: Liddy Kudumpong, Antalik Sindobon, Jimin Mintod, Guringki Masida, Jaim Sombuah, Sudot Bondili, Ongguling Kudumpong, Alexoius Sakim).
  • Bekalan elektrik pada tahun 2005 
  • Bekalan paip air (graviti) menyeluruh pada tahun 2012 
  • Pembinaan jambatan menggantikan sebuah low level crossing pada 2013
  • Bekalan paip air (graviti) menyeluruh pada tahun 2015 
  • Bantuan jambatan gantung 1982, 1983, 1984, 1985,1986,1987,1989,1990,2001,2002,2004,2005,2012,2015. 

Catatan peristiwa ini sekadar merekod peristiwa-peristiwa yang mempunyai nilai sejarah tertentu sahaja dan tidak merangkumi keseluruhan   bantuan, sumbangan dan penyelenggaraan yang telah dilakukan mengikut keperluan semasa dan secara berkala oleh kerajaan dari semasa ke semasa

Last Update: dec 2015

Tuesday, October 10, 2006

Aktiviti Mengenalpasti Zon Larangan Kekal (PANAGALAN)





Air Terjun Ragkam

Menilai Kawasan untuk ditandakan sebagai Zon Larangan Kekal

Membuat Anggaran Kawasan

Menandakan Zon Larangan Kekal


Perbincangan selepas aktiviti Mengenalpasti selesai

Pemuliharaan Sungai

Panagalan sungai Kuyungon / Tondulu dengan kerjasama diantara persatuan yang terdiri daripada beberapa buah kampung (Kuyungon dan kampung berhampiran seperti Tondulu, Papar) dan Jabatan Perikanan Daerah Tambunan telah dimulakan sejak tiga tahun lalu iaitu sekitar tahun 2003. Tujuan utama panagalan ini adalah untuk pemulihan semula hidupan sungai yang hampir pupus akibat aktiviti pengambilan hasil sungai yang tidak terkawal sebelum ini. Dalam program ini, sungai yang dikenalpasti akan dijadikan sebagai zon larangan menangkap hasil sungai untuk beberapa ketika dan akan dibuka untuk kutipan hasil pada suatu waktu tertentu yang telah dipersetujui oleh semua pihak.

Antara kaedah-kaedah yang dilaksanakan dalam program ini ialah :-

- Menubuhkan jawatankuasa bertindak untuk melaksanakan dan memantau aktiviti panagalan.
- Mengenalpasti kawasan sungai yang dijadikan kawasan larangan mengambil hasil sungai.
- Mewujudkan peraturan-peraturan panagalan.
- Memeterai perjanjian
- Mengenalpasti zon larangan kekal.
- Lawatan dan pemantauan hasil sungai
- Denda ke atas individu yang melanggar peraturan
- Kutipan hasil pada suatu masa yang dipersetujui dalam perjanjian

Sejarah awal

Sekiranya program ini dilihat kembali berdasarkan sejarah dan tradisi masyarakat di sini, ia sebenarnya bukanlah perkara baru. Tradisi ini telahpun wujud dan kita warisi sejak nenek moyang kita lagi di mana beberapa kelompok keluarga berpakat untuk menjadikan sungai di kawasan mereka sebagai kawasan larangan dan hasilnya akan diambil pada masa yang sesuai dengan cara bergotong-royong (“mitabang”) dan dikongsi di kalangan mereka. Pada ketika itu kawasan tersebut ditandakan dengan buluh yang dipacakkan ke tanah (“tonduk / notondukan”). Penandaan kawasan juga dibuat dalam skala yang kecil dan untuk tempoh yang singkat atau tempoh-tempoh tertentu sahaja.

Penandaan kawasan larangan (tonduk) pada zaman dahulu tidak terhad pada sungai sahaja tetapi juga pada kawasan kebun, buah-buahan serta hasil hutan seperti rotan/ buluh dan sebagainya. Penandaan tonduk pada ketika itu dilakukan untuk menggandakan hasil sungai, buah-buahan, hasil hutan untuk kegunaan pada masa-masa tertentu seperti contoh berikut:-

1. Perkahwinan / pertunangan
2. Perhimpunan keluarga (saudara jauh berkunjung/ moginakan)
3. Gotong-royong (mitabang)
3. Perayaan Pesta Menuai (Kaamatan)
4. Musim menanam padi (penggunaan hasil hutan seperti buluh dan rotan yang banyak untuk membuat pagar) dan banyak lagi kegunaan lain.

Uniknya, komuniti pada masa lalu saling faham dan menghormati tradisi ini.Namun kelemahan masa lalu ialah tiada peraturan bertulis yang jelas, adil dan berkesan diperkenalkan menyebabkan tradisi ini semakin pupus di kalangan masyarakat.


Kesan Positif

Usaha panagalan yang baru diperkenalkan memberikan kesan positif yang besar kepada alam sekitar terutamanya sungai.

Pemulihan hidupan sungai ini turut mengembalikan keseimbangan pada ekosistem di sesuatu kawasan. Antara pemerhatian penduduk kampung dan penulis mendapati beberapa jenis burung dan binatang yang sudah lama tidak kelihatan kini dikesan semula ada di kawasan sungai dan sekitar kampung. Begitu juga dengan sesetengah tumbuhan yang dianggap pupus sebelum ini turut kelihatan ada tumbuh semula di kawasan sekitar sungai walaupun bilangannya tidak banyak. Penduduk mempercayai bahawa sesetengah tumbuhan ini dibawa oleh burung-burung dan juga haiwan tertentu yang kembali ke kawasan sungai.

Penagalan ini juga secara tidak langsung menerapkan kesedaran kepada masyarakat tentang nilai dan kepentingan alam sekitar di samping mengeratkan lagi perpaduan di kalangan masyarakat. Ia juga membantu menghidupkan kembali tradisi yang telah diamalkan turun-temurun dengan cara yang telah diperbaharui dan ternyata lebih baik. Kita berharap agar program-program seperti ini akan berterusan sehingga ke generasi yang akan datang.

Kesan Sampingan yang perlu dipertimbangkan

Penulis sekadar melontarkan isu yang perlu diambilkira dalam projek penagalan agar dilihat oleh pihak yang bertanggungjawab. Antara isu yang perlu diambilkira adalah :-

1. Keadilan sejagat : Kawasan larangan dihadkan pada kawasan tertentu sahaja dan menyediakan kawasan yang boleh diaksess oleh semua pihak memandangkan sungai adalah harta bersama.

2. Kekalkan habitat sungai: Biarlah hidupan sungai dikekalkan seperti sediakala dan tidak perlu ditambah dengan spesis yang tidak sesuai. Penulis mengambilkira contoh sungai-sungai di kawasan bandar seperti Kuala Lumpur yang kini dipenuhi dengan spesis ikan luar seperti ikan bandaraya yang mengakibatkan spesis asal pupus dan mengalami masalah.