Friday, April 13, 2018

Toli Rogon Muncul Di Kuyungon

Kuyungon bakal menjadi tumpuan pelancong dan pelajar dari institusi pengajian tinggi tempatan berhampiran apabila dikhabarkan bahawa Toli Rogon (seperti yang dipanggil oleh penduduk tempatan) ditemui tumbuh di kebun salah seorang penduduk.

Toli Rogon (bererti kelamin gergasi) atau nama botaninya (Amorphophallus titanum Becc.) merupakan tumbuhan dari famili (Araceae) terkenal sebagai tumbuhan dengan bunga terbesar di dunia, walaupun terdapat catatan yang menyebutkan bahawa kerabatnya, Amorphophallus gigas boleh menghasilkan bunga setinggi lima meter. Bunganya mengeluarkan bau seperti bangkai yang membusuk untuk menarik kumbang dan lalat bagi pendebungaan bunganya.

Bunga akan mekar untuk sekitar seminggu dan akhirnya layu. Dari batang bunga, buah akan muncul dan kelihatan seperti jagung merah. Biji dari buah ini boleh ditanam. Setelah buah matang, seluruh bahagian akan layu. Ketika itu ubinya mengempis dan dorman. Namun apabila musim hujan, tunas yang berdaun akan tumbuh dan berulanglah fasa pembenihan. Tunas ini dikenali oleh penduduk tempatan sebagai Lopung-lopung dan boleh dijadikan ulam.

Proses pertumbuhan biji benih sehingga menghasilkan bunga adalah sekitar 4 tahun  dengan ubi seberat 4 hingga 12 kilogram. Ubi ini juga boleh dimakan sebagai pengganti nasi.

Toli Rogon
Gambar yang diambil pada awal bulan April 2018.

Toli Rogon Kuyungon

Eldery Rich Patrick
Upin berumur 5 tahun bergambar di samping Toli Rogon.

Toli Rogon, Tambunan

Toli Rogon layu
Gambar yang diambil pada 13 April 2018 (Jumaat), menunjukkan bahawa Toli Rogon ini layu.
Kredit gambar: Puan Mairin Patrick, Encik Sopitoh Malih Sabag dan halaman web yang dinyatakan.