Friday, March 18, 2016

AGM Kg.Kuyungon 18/3/2016

Mesyuarat Agung JKKK Kg.Kuyungon yang diadakan pada 18 Mac 2016 telah menyaksikan pembaharuan dalam carta organisasi JKKK iaitu dengan pemilihan muka-muka baru. Mantan pengerusi JKKK yang lama telah membuat keputusan untuk berundur dan bersara sepenuhnya  atas faktor kesihatan dan memberi laluan kepada generasi pelapis. Penglibatan calon-calon dari generasi muda dalam pemilihan kali ini merupakan satu perkembangan yang baik. Ini menunjukkan bahawa ramai penduduk di kalangan generasi Y sudah membuka hati dan bersedia untuk menjadi pelapis bagi memastikan kesinambungan kepimpinan yang selama ini diterajui oleh generasi X.

Penduduk Kg. pastinya mengharapkan barisan kepimpinan baru yang akan menerajui kepimpinan dalam tempoh dua tahun dapat menjalankan tanggungjawab yang dimanahkan dengan baik dan berkesan serta boleh membawa pembaharuan kepada komuniti Kg.Kuyungon.


Berikut adalah AJK JKKK Kg. Kuyungon yang baru :-

Pengerusi: Encik Clifford Vitus 
Timbalan : Encik James Guringki
Bendahari /SU: Encik Sopitoh Sabag.

Tahniah dan selamat berkhidmat kepada barisan AJK JKKK yang baru dan terima kasih kepada barisan kepimpinan yang terdahulu atas jasa dan bakti yang telah diberikan.