Mesyuarat Agung JKKK Kg.Kuyungon yang diadakan pada 18 Mac 2016 telah menyaksikan pembaharuan dalam carta organisasi JKKK iaitu dengan pemilihan muka-muka baru. Mantan pengerusi JKKK yang lama telah membuat keputusan untuk berundur dan bersara sepenuhnya atas faktor kesihatan dan memberi laluan kepada generasi pelapis. Penglibatan calon-calon dari generasi muda dalam pemilihan kali ini merupakan satu perkembangan yang baik. Ini menunjukkan bahawa ramai penduduk di kalangan generasi Y sudah membuka hati dan bersedia untuk menjadi pelapis bagi memastikan kesinambungan kepimpinan yang selama ini diterajui oleh generasi X.

Berikut adalah AJK JKKK Kg. Kuyungon yang baru :-
Pengerusi: Encik Clifford Vitus
Timbalan : Encik James Guringki
Bendahari /SU: Encik Sopitoh Sabag.
Tahniah dan selamat berkhidmat kepada barisan AJK JKKK yang baru dan terima kasih kepada barisan kepimpinan yang terdahulu atas jasa dan bakti yang telah diberikan.