Mesyuarat Agung JKKK Kg.Kuyungon yang diadakan pada 18 Mac 2016 telah menyaksikan pembaharuan dalam carta organisasi JKKK iaitu dengan pemilihan muka-muka baru. Mantan pengerusi JKKK yang lama telah membuat keputusan untuk berundur dan bersara sepenuhnya atas faktor kesihatan dan memberi laluan kepada generasi pelapis. Penglibatan calon-calon dari generasi muda dalam pemilihan kali ini merupakan satu perkembangan yang baik. Ini menunjukkan bahawa ramai penduduk di kalangan generasi Y sudah membuka hati dan bersedia untuk menjadi pelapis bagi memastikan kesinambungan kepimpinan yang selama ini diterajui oleh generasi X.

Berikut adalah AJK JKKK Kg. Kuyungon yang baru :-
Pengerusi: Encik Clifford Vitus
Timbalan : Encik James Guringki
Bendahari /SU: Encik Sopitoh Sabag.
Tahniah dan selamat berkhidmat kepada barisan AJK JKKK yang baru dan terima kasih kepada barisan kepimpinan yang terdahulu atas jasa dan bakti yang telah diberikan.
Tahniah kepada barisan JKKK yang baru. Selamat menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan oleh penduduk kampung. Bersatu padu dan saling bekerjasama adalah kunci kemajuan dan keharmonian kampung.
ReplyDeleteSudah setahun lebih barisan kepimpinan yang baharu dalam jkkk kg kuyungon.......harap dapat terus berkhidmat untuk penduduk kg kuyungon.......
ReplyDeleteHarap barisan kepimpinan yg baharu terus komited dalam membantu membawa permasalahan penduduk kg ke pihak berwajib.....
ReplyDelete